Bukan gam uhu.
tapi sekadar melahu,
dengan masa yang berlalu,
dengan penat yang menghantu.
Kerja.. datang bertalu-talu,
aku duduk termanggu,
merangka di dalam mindaku..
apa bakal lakuku.
Sejuk... panas... terasa,
Siang... malam... menjelma,
Tidur... bangun... arghh.. malasnya,
... tetiba rasa malas.. chow.
nxt time plak...
salam.
Alpha Lipid LIFELINE
petikan dari National Institute of Nutrition Research, USA
Untuk maklumat lanjut@tempahan hubungi 017 2986892
ATAU
lanzthegreat@gmail.com
Friday, November 13, 2009
uhu
digitalized by Lanz™ at Friday, November 13, 2009 1 pixel(s)
labels: celoteh
Wednesday, October 21, 2009
Tan Sri Khalid, Pengerusi baru SKMM
Salam,
Hari ini (21 OKtober 2009), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mendapatkan pengerusi baru SKMM selepas pengerusi sebelum ini Datuk Dr. Halim Shafie mengosongkan kerusi tersebut untuk bersara pada May. Tan Sri Khalid Ramli pada hari ini sah sebabai Pengerusi baru SKMM. Beliau merupakan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU) di jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini.
More
digitalized by Lanz™ at Wednesday, October 21, 2009 0 pixel(s)
Tuesday, October 20, 2009
gempar...
It has been a while since my last post... really.. really need time to get this blog alive again like it used to.. Seeing those archive and comparing posts month after months.. uhuhu. need to rejuvenate, replenish, reactivate, revitalize, restore, renew, regenerate, re-stimulate ..apa lagik? he
Cuba mencari balik rentak dulu yang seaakan dari masa ke masa makin pudar dengan masa yang suntuk, kerja yang agak menyuntukkan. Huhu. Perlu, perlu kembalikan. Azam. InsyaALLAH.
This blog will be revamped soon..just wait..until then..please bear with me!! ngee...
p/s : Aaaaku bukanlah superman...
digitalized by Lanz™ at Tuesday, October 20, 2009 3 pixel(s)
labels: celoteh
Tuesday, October 06, 2009
Jawi Converter - EJawi Online 2.2
Huruf jawi merupakan aspek yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia dulu dan sekarang. Walaupun penggunaannya pada masa sekarang adalah agak terhad dan tidak banyak dilihat penggunaanya terutama di kalangan warga muda remaja kita.
Ejawi Online 2.2 adalah sebuah converter atas talian yang dibangunkan oleh Digikhat Media dan boleh didapati melalui pautan ini : http://www.ejawi.net/converterV2.php. Fungsinya yang dapat menukarkan huruf format Rumi (Huruf Roman Melayu) kepada Jawi (Huruf Lama Melayu) amat berguna dan senang digunakan. Hanya masukkan perkataan yang anda mahu tukarkan kepada huruf Jawi ke dalam 'sandbox' yang disediakan dan klik pada butang 'Convert'. Anda akan dapat hasilnya serta merta untuk disalin ke mana-mana. Semudah itu. Panduan juga telah disediakan untuk memandu pengguna.
Majulah tulisan Jawi untuk semua. Sekian.
digitalized by Lanz™ at Tuesday, October 06, 2009 0 pixel(s)
labels: application, change, nalzarinar, review, teknologi, tips
Wednesday, September 16, 2009
fitrah...
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, da terbayar zakat fitrah tahun ini. RM7 bagi negeri Pahang. Bayar zakat secara online saja via Maybank2u ..mudah, cepat dan berkesan dan betul. He..
Zakat fitrah 2009 (kecuali Kelantan)
Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.60
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.30
Sarawak dan Perlis – RM6Sumber : BERNAMA
* * zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) - RM 7.60
Sekarang ni amat malas je nak mengarang blog... kena mencari mood balik and internet connection yang reliable...
In case tak sempat atau malas.. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin buat semua..
p/s: miss my preciousssss...
digitalized by Lanz™ at Wednesday, September 16, 2009 1 pixel(s)
labels: aidilfitri, ramadhan, syawal, wishes
Friday, August 28, 2009
puasa...
Salam,
Esok cukup seminggu umat Islam kat Malaysia berpuasa Ramadhan 1430H 2009M. Hari ini baru aku berkesempatan nak berkarya dan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada bloggers dan bloggees sekalian. Seminggu sebelum puasa aktiviti kerja sedikit bertambah sebab nak siapkan sebelum datangnya bulan mulia ini. Kebanyakan kerja luar, so peluang untuk menatap laman sawang dan si Nalz ni restricted sikit. Tambah kat umah tiada internet lagi tak seperti kat SK dulu, dopopat jam. Ngee.. About a week of fasting, the task kurang dan monotonous...so ada la peluang sikit2 curik2.
SELAMAT BERPUASA diucapkan. Semoga peluang yang diberiNya bertemu sekali lagi Ramadhan tahun ini digunakan dengan seoptimum yang mungkin. InsyaALLAH. pesan kepada diri sendiri jua kepada sahabat sekalian. Selamat ulang tahun kemerdekaan juga kepada Malaysia dan warganegaranya, termasuklah aku ni di atas 52 Tahun mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah. Alhamdulillah, 52 tahun berlalu dan Malaysia mengharunginya dengan gah dan berdaya saing dengan pelbagai kemajuan dan kecemerlangan yang dapat dikecapi bersama. Ada saat duka, tapi saat itulah patut diambil iktibar daripadanya bagi mengorak langkah yang lebih pantas dan teratur untuk kejayaan masa depan. Lebih2 lagi pada saat genting sekarang ini yang mana kalau kita lihat pelbagai isu yang timbul atau ditimbulkan oleh pelbagai pihak tak kira kiri atau kanan, depan atau belakang.
Bagi umat islam, apa salahnya kita ambil ruang dan luang bulan Ramadhan yang bersama di dalamnya kita sambut kemerdekaan ke 52 untuk kita sama-sama berdoa dan beramal kepadaNya agar keharmonian yang kita kecapi pada masa ini akan terusan berpanjangan demi masa depan sebuah negara Islam yang berbilang kaum ini, juga kepada diri sendiri. Amin ya rabbal alamin. Pesanan buat diriku jua kalian. MERDEKA!!!
Raya bakal tiba, rasanya terlalu awal untuk diperkatakan tentang raya..tapi ramai dah berbicara pasal raya..itu ini, sana sini...raya di mana-mana.. Asalkan jangan dilupakan Ramadhan yang sedang dijalani kerana mengejar Syawal yang belum pasti. Gunakanlah masa dan ketika yang ada untuk yang terbaik sebaiknya. InsyaALLAH. Aku pohon kurniaMU ya ALLAH untukku dan jua teman2ku sekalian umatMU agar dapat menjalani Ramadhan dan hidup ini dengan penuh berkat dan takwa dan keampunan dariMU kupohon kerna sesungguhnya diri ini amat kerdil dan banyak berbuat kerosakan di muka bumiMU. Amin.
Salam.
digitalized by Lanz™ at Friday, August 28, 2009 1 pixel(s)
Friday, August 14, 2009
pergi tak kembali.
Salam,
Belasungkawa, takziah kepada keluarga Ustaz Asri, ketua kumpulan nasyid Rabbani yang pergi tak kembali pada semalam hari. Kita telah kehilangan satu nur, satu bintang yang selama ini menyinari seni dakwah nasyid. Ingat lagi,kemerduan suaranya membaca ayat2 ALLAH terutamanya takbir raya yang sangat merdu menyentuh ramai umat. Tenang mendengarnya, sayu dan insaf menghayatinya. Sama-samalah kita menadah tangan berdoa memohon kepadaNYA agar roh Ustaz Asri dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang bertakwa. Amin. Al-fatihah!
'Pergimu tak kembali, hilangmu tiada ganti'
digitalized by Lanz™ at Friday, August 14, 2009 0 pixel(s)